bulan yang bermacam hal

Lagi dua hari dah masuk bulan 4, so sekarang ni bulan apa? bulan itu.. bulan cinta. puihhh bulan cinta amendenye. tak payah nak gatai gatai sangat nak bercintan cintun. buang masa. tak berbaloi. bulan ni aku disambut dengan test JPJ, tapi bukan rezeki aku sebab aku sangkut kat bukit. lagi pun memang aku ngaku aku tak reti bawak kereta. ibu kate aku ni gabra sikit. HAHAHA memang pun. I admit that. hihihi. memang ah frust gila masa tu. sebab nak tunggu nak repeat test tu lama gila wey. lama dia sampai kau punye tempoh lesen L tu mati. nasib nasib. tapi takpe ah aku bersyukur. ada hikmah disebaliknye kan :) 

Kayy lepas tu masing masing pulak kecoh kecoh pasal result SPM kan. bila nak keluar bila nak keluar. macam macam tarikh la diorang keluar kan. ada yang kate bulan dua, ada sebelum PRU lah, 20hb lah apa lah. haaii macam macam. apa kate korang tunggu je secara rasmi diumumkan nanti. kan lebih baik daripada menyebarkan khabar angin yang tak betul. betul tak betul tak ? haha. bukan apa, sebab aku pun cuak bila kau orang semua cerita pasal result ni, aku takut jugak ah. bukan kau orang je. haha :D

Beberapa hari sebelum result keluar, baru lah secara rasminye keputusan SPM keluar pada 21 MAC 2013. masa dah tahu tu bertawakal je kat Allah, semoga dapat result cemerlang. asalkan tak kecewakan ibu dengan ayah pun cukup lah. itu je yang aku mintak. sehari sebelum pegi amik result tu dah gerak Melaka dulu. nak enjoy enjoy happy happy dulu dengan budak budak ni. memang enjoy dapat release tension sume ah. sabar je boyfriend boyfriend tu layan kitorang ni ha. haha kesian diorang. dah lah kena berhimpit himpit. serious kelakar. aipp yang berhimpit tu diorang, kitorang selesa je duduk belakang diam diam. kononnnn xD
malam tu sampai rumah nenek Jue dalam pukul 1.30 macam tu. ngantuk memang ngantuk. tapi kena buat macam macam. pukul 3.30 baru lah dapat tidur. pagi tu diorang kejut sembahyang subuh. nasib baik sempat. lepas tu sarapan sarapan siap siap and kitorang semua pun bergerak menuju ke sekolah dengan perasaan yang tak tahu macam mana nak cakap. orang putih kate, butterfly in stomach ? haha lebih kurang macam tu ah. semua memang berdebar debar sampai suruh kau amik dulu kau amik dulu. sampai depan sekolah memang banyak sangat kereta. makin makin berdebar ah jadi nye. tah macam mana, aku dengan hana pun sabar menunggu giliran nak amik slip ni. Alhamdulillah i've got straight A's. ya Allah memang menangis terus aku depan cikgu masa tu. syukur lah sebab tak kecewakan ibu dengan ayah. yeahh diorang bangga ! :) 

Esoknya pulak hari Jumaat, something bad happened. the same thing happened a day before my PMR results come out. soooo sad. seriously i can't imagine how ugly my face looks like when i cried. frustrated. unexpected. hmm tah mcm mana boleh jadi macam ni. Allah je yang tahu macam mana hati aku rasa masa tu. takpe. semua ni ada hikmahnye. aku belajar dari kesilapan. aku tak membenci orang, aku pun tak berdendam. tapi, sorry to say aku dah tak kenal kau. mungkin kau patut fikir dulu sebelum buat keputusan. bila fikir fikir balik kenapa tak cakap dari dulu kan. jangan lah jadi bodoh. awak tu pandai. haaai sakitnye hati. tapi takpe ah. aku redha. ada yang lebih baik lagi Allah simpan untuk aku. 

Masa tu aku fikir nak cepat cepat je birthday aku. akhirnye, muncul lah 27 mac dalam hidup aku. memang aku happy. happy sangat. Izza sanggup bawak mana aku nak pergi. Then, malam tu kami celebrate dekat seremban 2. happy sangat! enjoyyyyy bebehh. then, masa otw balik, emosi aku diganggu dengan text daripada hamba Allah ni. memang aku bengang masa tu nak nangis semua ada ah. lebih baik lagi kau tak payah wish. bila nak happy je mesti ada je yang Allah nak uji. Subhanallah. aku cuba untuk kuat. dah sebulan lebih aku jadi kuat, dan last last aku kalah jugak. trauma weh. haha. so kay lah. lupakan yang dah lalu. 

Conclusion nye, bulan ni memang bulan yang paling banyak aku titiskan air mata. aku tak kuat. aku lemah. mac ni banyak mengajar aku kehidupan sebenar. aku letih, aku letih menangis. Aku perlukanMu ya Allah. Berilah petunjukMu.